Perpustakaan Mini Kelas

Aktiviti ini dijalankan bermula bulan Mac . Setiap kelas diwajibkan menyediakan ruangan di dalam kelas dengan tujuan memperkukuh aktiviti NILAM. Keputusan Perpustakaan Mini Kelas terbaik bagi semester pertama ialah 3 CST (Johan), 1 CST (Naib Johan) dan 2 IXORA (Ketiga).


Minggu Bahasa Melayu & PPDa

Aktiviti ini dijalankan bermula pertengahan bulan Februari. Pusat Sumber bekerjasama dengan panitia Bahasa Melayu dan unit PPDA untuk menjayakannya. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan perbahasan, forum, mendeklamasi sajak berkaitan dengan dadah, kuiz dan Pameran buku-buku yang berkaitan dengan dadah dan mata pelajaran Bahasa Melayu.

Program Pelancaran Nilam

Program ini dijalankan pada 25 Januari 2010. Program ini bertujuan mengingatkan muri-murid tentang kepentingan mengisi buku NILAM . NILAM merupakan aktiviti galakan membaca yang diwajibkan kepada semua pelajar. Pelancarannya dirasmikan oleh Pengetua sendiri iaitu Pn. Hjh Zamzam Binti Hj Abdul Rashid. Antara aktiviti yang dijalankan ialah info buku Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, deklamasi sajak dan gimik pelancaran . Selain itu dijalankan juga proses watikah pelantikan pengawas – pengawas pusat sumber.

Info Buku

Aktiviti ini dilaksanakan setiap dua minggu sekali iaitu semasa perhimpunan rasmi. Info yang diberi adalah berkenaan dengan buku Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Info buku dapat memberi pengetahuan kepada pelajar tentang buku-buku yang ada di pusat sumber sekolah.

Gotong Royong Pengawas Pusat Sumber

Aktiviti ini dijalankan bermula awal Januari lagi. Gotong-royong dijalankan untuk membersihkan pusat sumber dan menyusun fizikalnya pada peringkat awal. Selain itu dijalankan juga proses baik pulih buku-buku yang sudah rosak.

Orientasi & Taklimat kepada Ting. 1

Orientasi dijalankan pada 6 Januari 2010. Program ini dijalankan dengan kerjasama Unit Kaunseling. Antara kandungan taklimat ialah peraturan-peraturan pusat sumber , pinjaman dan pemulangan buku dan galakan membaca.